Launching Wakaf Blockchain Asean Mall

SAKSIKAN SECARA LIVE NOW
https://fb.me/e/7HOrY3tCu

PELANCARAN SIJIL BLOCKCHAIN WAKAF PELABURAN ASEAN MALL 🪙 oleh

YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Tarikh: 1hb Mei 2021
Masa: 4Petang (Waktu Malaysia)
3 Petang (Waktu Thailand & Indonesia)
Medium: Fb Page Wakaf Pelaburan Asean Mall

disusuli dengan

FORUM WAQAF ASEAN MALL 2021

🎙️Topik Forum: Kepentingan Wakaf Pelaburan dalam Membangun Ekonomi Ummah ⚖️

Ahli Panel Jemputan:

1️⃣ Prof. Madya Dr. Ismail Lutfi Japakiya, (Online)
Rektor Universiti Fatoni, Thailand.

2️⃣ Datuk Haji Rani Lebai Jaafar
Pengerusi, Bank Rakyat.

3️⃣ Yang Berbahagia Dr. Zaharuddin Abd Rahman,
Pakar Islamic Finance, Pengasas ELZAR Group

4️⃣ Dato’ Jamal Mohd Amin,
Presiden Uniti Asia Business Group.
Pengarah ASEAN Mall@Pattani, Thailand.

https://fb.me/e/7HOrY3tCu

KUALA LUMPUR – Wakaf merupakan permulaan kepada perkembangan ekonomi ummah yang perlu diamalkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal- Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikutan itu, usaha pihak  untuk mempromosikan dan mengembangkan wakaf dalam negara perlu dicontohi, ujarnya.

“Ini menggambarkan keadaan seiring ekonomi semasa. Sudah sampai masanya kita meneroka bidang yang keperluan hidup sudah tentu memberi kebaikan kepda penduduk tempatan dan pelabur-pelabur yakni mewakafkan hartanya,” kata.

Beliau menyatakan demikian ketika melancarkan Waqaf ASEAN Mall 2021 di Menara Arina Uniti, di sini, hari ini.

Waqaf ASEAN Mall merupakan pusat membeli belah di Patani, Thailand yang dibangunkan melalui model pelaburan wakaf untuk membantu usahawan pelbagai negara dan negara ASEAN.

Dalam masa yang sama, Zulkifli turut melancarkan Kempen One Day One Waqaf Info (ODOWI) untuk memperluaskan maklumat mengenai waqaf menerusi atas talian.

Ia bertujuan menyebarkan kefahaman berkenaan wakaf kepada masyarakat dengan menggunakan laras bahasa yang lebih mudah dan difahami selain berasaskan dalil-dalil rujukan sahih.

Usaha Waqaf ASEAN Mall dan ODOWI itu digerakkan oleh Presiden Uniti Asia Business Group merangkap Datuk Jamal Mohd Amin.

Terdahulu Jamal berkata, kira-kira 30 usahawan ASEAN telah mendapat manfaat daripada kewujudan Waqaf ASEAN Mall.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, 200 pewakaf dari pelabagai negara telah berwakaf secara tunai dan melakukan pelaburan menerusi projek berkenaan.

“Antara orang yang masuk pelabur dan ada yang semata-mata hanya mahu wakaf,“ katanya sambil menambah Waqaf ASEAN Mall mula beroperasi pada bulan Ramadan ini. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/05/01/wakaf-adalah-mukadimah-ekonomi-ummah-menteri-agama/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close