PMB Investment Malaysia Luncurkan Dana Wakaf

KUALA LUMPUR: PMB Investment Bhd bercadang untuk melancarkan dana wakaf selewat-lewatnya suku pertama tahun ini dengan pelaburan minimum serendah RM100 bagi individu dan RM10,000 bagi syarikat.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mahani Ibrahim, berkata PMB Investment bekerjasama dengan institusi wakaf ternama di negara ini bagi melancarkan dana itu.

Beliau berkata, matlamat utamanya melancarkan dana wakaf itu ialah untuk memberi peluang kepada pelabur di negara ini melabur sambil beramal, yang mana 30 peratus daripada pulangan pelaburan akan diwakafkan.
“Dana wakaf ini adalah konsep baharu yang belum diperkenalkan di Malaysia. Ia adalah pelaburan dalam aset bercampur-campur iaitu ekuiti, sukuk dan pasaran kewangan.
“Bagi tahun pertama, kami sasar boleh capai (pelaburan) sekitar RM20 juta ke RM50 juta,” katanya pada sidang media mengenai prestasi PMB Investment pada 2020 dan perancangan bagi 2021.
Di samping dana wakaf, Mahani berkata, PMB Investment juga akan melancarkan satu lagi dana baharu iaitu dana global pada suku ketiga tahun ini.
Beliau berkata, dana global yang akan dilabur dalam pasaran saham New York dan Nasdaq itu memberi peluang kepada pelabur di negara ini yang mahukan dana pelaburan patuh Syariah dalam pasaran antarabangsa.

Mengenai prestasi dana yang diuruskan PMB Investment, Mahani berkata, meskipun berdepan persekitaran mencabar impak penularan COVID-19, dana di bawah pengurusannya mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan ada antaranya memberikan pulangan setinggi 66.3 peratus tahun lalu.
Beliau berkata, jumlah jualan balik pelabur melepasi RM450 juta pada 2020, sekali gus menunjukkan pelaburan unit amanah Syariah mampu menawarkan pulangan lumayan kepada pelabur.
“Jumlah aset di bawah pengurusan PMB Investment pada hujung 2020 ialah berjumlah RM1.38 bilion berbanding RM1.29 bilion pada 2019.
“Bagi 2021, kami menyasarkan RM1.6 bilion dan jika prestasi pasaran lebih baik, ia mungkin lebih tinggi daripada disasarkan,” katanya sambil menambah aset di bawah pengurusan PMB Investment berjumlah RM1.42 bilion setakat akhir Januari 2021

Sumber:

PMB Investment lancar dana wakaf tahun ini
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/02/783323/pmb-investment-lancar-dana-wakaf-tahun-ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close